.:Portal Rasmi SK Sungai Menghulu, Langkawi:.
Kelas pemulihan perkasa BM, BI
Kelas pemulihan perkasa BM, BI

agenda pendidikan negara terutama di peringkat sekolah sememangnya memerlukan sokongan semua pihak dalam memastikan anjakan ke arah pendidikan bertaraf dunia terus berjalan dengan sempurna.
Dalam memenuhi tuntutan transformasi ini, perhatian kepada pelajar daripada kelompok yang agak lemah juga tidak boleh diabaikan dan harus diberi tumpuan khusus bagi memastikan mereka tidak ketinggalan berbanding rakan lain.
Sejak Julai tahun lalu, seramai 30 murid tahun tiga dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong, Kota Bharu, Kelantan dipilih menyertai kelas bahasa yang dikendalikan tenaga pengajar dari Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT) Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM).
Kelas mingguan Bahasa Melayu dan Inggeris itu khusus buat murid kelas pemulihan iaitu yang mengalami masalah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira atau 3M dan ia merupakan program khidmat masyarakat USM di sekolah itu yang akan berakhir hujung tahun ini.
Terakhir dikemaskini (Isnin, 16 April 2012 03:14)
Guru perlu kreatif, inovatif
Guru sains dan matematik perlu kreatif serta menggunakan pendekatan yang menarik bagi mengatasi masalah kemerosotan minat pelajar terhadap kedua-dua mata pelajaran tersebut. Ketua Sektor Pembangunan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Jailani Ludin berkata, kedua-dua mata pelajaran itu penting kerana ia merupakan tunjang bagi melahirkan pelajar sebagai modal insan yang kreatif dan inovatif.
Terakhir dikemaskini (Isnin, 27 Februari 2012 05:31) Kejohanan Bolasepak MSSD Langkawi 2012Kejohanan Bola Sepak MSSD Langkawi 2012 telah bermula. SKSM berada dalam kumpulan A bersama SK Ulu Melaka, SK Penghulu Ahmad dan SK Nyoir Cabang. Berikut adalah keputusan terkini dan kedudukan terbaru Kumpulan A.
SK Ulu Melaka 7 vs SK Penghulu Ahmad 1 SK Sg Menghulu 4 vs SK Nyior Cabang 1 SK Penghulu Ahmad 4 vs SK Nyior Cabang 2 SK Ulu Melaka 1 vs SK Sg Menghulu 0
Mata Terkini: SK Ulu Melaka 6 pts SK Sg Menghulu 3 pts SK Penghulu Ahmad 3 pts SK Nyior Cabang 0 pts. Terakhir dikemaskini (Isnin, 27 Februari 2012 04:58) Majlis Isra` MiqrajSempena sambutan isra` miqraj yang lepas, telah diadakan majlis bacaan yassin dan ceramah isra` miqraj oleh Ustaz Amin. selepas upacara bacaan yassin, ustaz amin ada berkongsi ayata-ayat Al-Quran dan doa-doa yang boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit. ianya boleh diamalkan untuk semua. InsyaALLah.. klik sini atau muat turun di ruang muat turun untuk mendapatkan lampiran doa-doa tersebut: atau klik muat turun > kertas kerja > Pendidikan islam
Terakhir dikemaskini (Selasa, 05 Julai 2011 02:13) |

































































